(Munajat bagi orang-orang yang mengadu)

Ya Tuhanku,
KepadaMu daku mengadu
tentang hawa nafsu amarahku yang memanduku kepada kejahatan
yang menyegerakan daku kepada melakukan kesalahan,
yang ghairah melakukan maksiat berpanjangan,
dan begitu mudah mendedahkan diriku kepada kemurkaanMu,
ia membawaku begitu rapuh di sisiMu
dan menjadikanku banyak helah dan panjang angan-angan.

Bila nafsuku tersentuh dengan kejahatan, ia akan bergoncang,
tetapi apabila tersentuh dengan kebaikan
ia akan cenderung kepada mainan dan perkara yang sia-sia.
Ia penuh kelalaian dan kelupaan dan
Ia menyegerakan ku kepada kejahatan dan
Ia melengahkanku dari bertaubat.

Ya Tuhanku,
Daku mengadu kepadaMu mengenai satu musuh yang
menyesatkanku, dan satu syaitan yang melalaikanku.
Sesungguhnya, ia (syaitan) memenuhi dadaku dengan was-was,
Ia meliputi hatiku dengan dongengan-dongengan palsu,
Ia menyokongku dengan hawa nafsu,
Ia menghiasiku dengan cinta kepada dunia ,
Dan ia menjadi penghalang padaku di antara ketaatan dan
Penghampiranku kepadaMu

Tuhanku,
Daku mengadu kepadaMu mengenai sebuah hati yang keras
dipenuhi dengan perasaan was-was yang bedolak-dalik,
dan dipenuhi kekotoran, telah dibaluti dengan karat
yang tidak boleh ditanggalkan lagi,
Daku mengadu kepadaMu mengenai mata yang keras daripada
menangis kerana takutkanMu, ya Tuhan, dan
yang rakus mencari apa yang menjadi kesukaannya.

Tuhanku,
Tidak ada kuasa dan upaya melainkan
dengan kekuasaaanMu,
dan tiada kejayaan untukku daripada dunia dengan
penglihatanMu,
maka daku bermohon dari segala hikmahMu
dan kejayaan perjalananku kepadaMu,
supaya janganlah Dikau jadikan daku terhalang
dari mendapat kemurahanMu,
dan jangan Dikau biarkan daku terdedah kepada fitnah.
Dan jadikan daku penolong ke atas musuhku, jadikanlah
penutup segala kelemahan dan kesalahanku, dan jadikanlah
pemelihara terhadap bencana-bencanaku dan jadikanlah
pemelihara dari segala maksiatku.

Dengan kemuliaanMu dan rahmatMu, wahai Maha
Penyayang dari segala yang penyayang.

(Dipetik dan diterjemah dari: As-sahifatul'l-kamilatus-Sajjadiyyah, 1988)