(Kepada Allahu Ta’ala kita kembali)

Ya Allah,
Wahai Sumber Kelazatan bagi yang menyukai kelazatan
Wahai Sumber Perlindungan bagi yang memohon perlindungan
Wahai Penyelamat bagi yang musnah
Wahai Sumber Pergantungan bagi yang berhajat
Wahai Yang Penyayang bagi golongan miskin
Wahai Yang Melayani bagi yang memerlukan
Wahai Khazanah bagi golongan fakir
Wahai Yang Berkuasa bagi yang berpecah
Wahai Tempat Kembali bagi yang berputus asa
Wahai Penolong bagi yang lemah
Wahai Pemberi Pahala bagi yang takut
Wahai Penyelamat bagi yang susah/bermasalah
Wahai Kubu bagi yang bergantung, seandainya daku tidak
berlindung dengan kemuliaanMu, maka untukku siapakah lagi perlu
daku berlindung

Sekiranya tidak daku merasai kelazatan dengan kekuasaanMu,
maka siapakah lagi untukku rasakan kelazatannya.
Sesungguhnya himpunan dosa-dosa telah membawaku untuk
bergantung kepada kemaafanMu yang berpanjangan,
Kesalahan-kesalahanku telah memaksaku mengetuk pintu-pintu
keampunanMu
Keburukan-keburukan terhadap balaMu telah membawaku
bergantung dengan kelembutanMu
Tidak patut bagi sesiapa yang bergantung dengan ‘tali-taliMu’ (Al-Qur’an dan ‘A
hli Keluarga Rasulullah’-merujuk maksud hadis at-Thaqalayn) untuk ditinggalkan.
dan tidak layak bagi sesiapa yang bergantung dengan
kemuliaanMu untuk ditinggalkan atau diabaikan.

Tuhanku,
Janganlah Dikau sunyikan kami dari penjagaanMu
Dan peliharalah kami dari jalan-jalan kemusnahan
Sesungguhnya, kami berada di bawah pandanganMu dan di dalam
perlindunganMu
Dan bagiMu daku memohon dengan ‘ahli-ahli khas’Mu dari
golongan malaikatMu dan dari golongan yang salih dari kalangan
makhlukMu supaya Dikau menjadi Pemelihara ke atas kami yang dapat menyelamatkan kami
daripada kemusnahan dan menjauhkan
kami daripada kedukaan dan musibah yang benar.
Dan supaya Dikau, ya Allah, menurunkan ke atas kami
ketenangan dan lindungilah wajah-wajah kami dengan cahaya kasih
sayangMu
Supaya Dikau mengurniakan kepada kami keteguhan pada apa
yang Dikau wajibkan ke atas kami
Supaya Dikau menghimpunkan kami dalam PerlindunganMu
dengan sifat Lembut dan RahmarMu,
Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.

Allah Maha Agung, Allah Maha Penyayang…
Tiada sesuatu yang setandingNya. Dan Dialah Yang
Mengetahui segala sesuatu dan memberi balasan setiap
kebajikan manusia yang beriman kepadaNya